BersamaTok Ayah |
Haq telah hadir, batil telah luput, kerana batil itu sesuatu yang pasti luput (Al-Isra':81). Allah memberi akal yang sempurna kepada setiap insan untuk berfikir dan mencapai kebahagiaan. Akal terbahagi kepada tiga, setiap insan perlu mempunyai ketiga bahagian tersebut. Iaitu; Pertama elok makrifatnya dengan Allah, kedua baik taatnya bagi Allah, dan ketiga baik serta elok pula sabarnya atas ketentuan Allah.
Thursday, December 31, 2009
Zuhudkah Aku?
Monday, December 28, 2009
Semangat Juang.
Jihad fi sabilillah, sesiapa pun boleh menyebutnya, praktikalnya tergantung pada diri sendiri. Malah lain orang, lain pula persepsi mengenai fi sabilillah ini. Ada yang memperjuangkan sesuatu dengan jalan ketuhanan, ada yang juga melaungkan kebenaran lalu berjuang melalui tinta dan seni, melalui pemberontakan, melalui rapat umum, dan meja perundingan. Apa pun motif, yang nyata kita perlu berjuang melalui saluran tertentu dan bijaksana dalam menuntut sebarang keadilan.
Berjuang dengan jalan Allah untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran perlu mempunyai tahap kerohanian dan kebatinan yang teguh, perlu juga ada komuniti yang sanggup berkorban apa saja. Berjuang atas jalan Allah tidak semestinya dengan menggunakan mata pedang, peluru berpandu, atau senjata nuklear, malah boleh juga melalui pemikiran, penulisan, media, idea, harta benda, bimbingan pendidikan, ekonomi, dan menerusi kepemimpinan pemimpin yang adil dan bijaksana.
Saturday, December 26, 2009
Pesan Wali - Hindar Nafsu Badaniah.
Tuesday, December 15, 2009
Zaman Edan (Pekewuh)
terus berjuang |
Petikan di atas ini, menggambarkan sifat segolongan orang atau pemimpin, yang mengambil kesempatan dalam zaman edan, yang mengabdi hawa nafsunya. Petikan ini juga memberi pengajaran dan kesadaran buat masyarakat agar berpegang teguh dengan takdir dan rahmat Tuhan.
Saturday, December 12, 2009
Tuhan dari akarkata " tuh ".
Salam hormat dan rahayu,
Saya ingin berkongsi maklumat, dan bertukar fikiran berkaitan apa jua isu kebatinan dan kerohanian bersama pembaca. Justeru sekiranya pembaca blog ini ingin mencetuskan minda, dan meluahkan pengalaman bolehlah memberi sebarang komen dan ulasan yang membina.
Saya ada membaca Kitab Mantra Yoga, Ki Trunarimong dalam bahasa Jawa dan Sanskrit berkaitan asal perkataan Tuhan dari akar kata umbi "tuh". Saya cuba menterjemah perkara tersebut untuk memudahkan kefahaman pembaca, dan memanfaatkannya.
Beberapa sebutan teks berkaitan Kitab Mantra Yoga dapat saya terjemahkan, untuk renungan pembaca, antaranya;
"Kepercayaan menurut tinjauan hidup kesaktian kepada Sang Hiyang sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa melarang kita berpemandangan, bahawa pendirian keesaan Tuhan (monotheisme) itu ialah hasil yang paling akhir dari kecerdasan dasar-dasar yang sederhana.
Pengarang Andrew Lang dalam bukunya 'The Making of Religion (1909, cetakan 3)' telah menjelaskan bahawa perasaan kepada keesaan Tuhan itu memang sudah ada pada beberapa bangsa yang rendah tingkat kecerdasannya.
Seorang pengarang, P.W. Schmidt, dalam bukunya " Der Ursprung Der Gotteesidee " telah menguatkan pendiriaan itu dengan bantuan penyelidikan ilmu bangsa. Dengan tidak berpihak kepada pemikiran pengarang-pengarang, dan pengikut aliran lingkaran kebudayaan (kulturkreist). Justeru beliau berpendapat pula, bahawa tinjauan hidayat kesaktian orang umum memberi tempat yang luas bagi susunan keagamaan dan kepercayaan kepada faham keTuhanan Yang Esa.
Istilah TUHAN YANG - ESA seperti dipakai dalam PEMBUKA KONSTITUSI 1945 dan Mukaddimah Konstitusi Republik Indonesia 1950 untuk menyatakan Allah Yang Maha Tinggi menurut fahaman monoteisma memang mula-mulanya masuk terhitung kepada tinjauan hidayat kesaktian, - Tuh, Yang dan Esa, bermaksud Tunggal, nyata tersimpan didalamnya, serta dipakai dan diterima dalam zaman peralihan agama dan peradaban untuk menyatakan Allah menurut ajaran Kesatuan Tuhan dan ajaran Tauhid agama Islam. (Tatanegara Majapahit Sapta Perwa I, oleh Prof. H. M. Yamin, p.75).
"Tiada Tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalah segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu."
Monday, December 7, 2009
Ujian Wali - renungan pembaca.
Saturday, December 5, 2009
Makam Keramat?
Thursday, December 3, 2009
Matikan Diri Kamu.
Salam hormat dan rahayu,
Wednesday, December 2, 2009
Mantra dan Dharana
Salam hormat dan rahayu,
Mantra adalah suara-suara yang mempunyai pengaruh mistik. Pengaruh mistik begitu mendalam bagi mereka yang mengamal ilmu kebatinan dan ilmu kerohanian. Setiap pengamal kerohanian dan kebatinan, tidak kira apa jua pegangan, kepercayaan agama, dan bangsa, mempunyai ajaran mantra yang ampuh dan tersendiri.
Monday, November 30, 2009
Extase.
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Adha.
Salam hormat dan rahayu.
Selamat Hari Raya Aidil Adha, kepada semua jemaah haji, semoga Allah swt memberkati kalian dan mendapat haji Mabrur. Hari Qurban adalah hari kebebasan dari kesengsaraan dan penderitaan, disamping merenung kembali iktibar betapa besarnya pengorbanan Nabi Allah Ibrahim. Baginda akur dengan perintah Allah swt.
Apa saja jua perjuangan, pasti ia memerlukan pengorbanan, ini tergantung kepada individu itu sendiri mentafsirnya. Untuk membinasakan nafsu sebagai contoh nafsu ammarah, dan lawwamah seseorang itu perlu melakukan pengorbanan yang besar. Jika tidak kamu akan mengalami ketidak ikhlasan dalam sebarang tindakan. Sekiranya kamu tidak ikhlas dalam apa jua tindakan atau berfikir pasti mengalami kekhuatiran yang besar.
Justeru berkorban apa saja jiwa dan raga untuk mencapai kesejahteraan hidup mengikut lunas-lunas peraturan tertentu, dan memperoleh rahmat Allah swt.
Monday, November 23, 2009
Pranayama (Atur Nafas)
Prof. Dr. H.M. Rasjidi, (1967) Dalam penulisannya 'Islam dan Kebatinan', ada menyentuh mengenai Pranayama iaitu bagaimana caranya atur nafas dalam mempraktekkan amalan Yoga. Saya cuba menerangkan seboleh mungkin paling asas berkaitan perkara tersebut.
Pranayama dengan bahasa yang mudah boleh dimaksudkan sebagai: memberhentikan gerak bernafas keluar dan masuk ke dalam tubuh. Ini dapat diperoleh sesudah mempraktekkan ASANA. Menurut Yoga sutra, hubungan antara nafas dan kesedaran (conscience) adalah erat; sebagai contoh orang yang sedang marah tidak dapat kawal emosi, nafasnya keras dan cepat. Maka dengan mengatur nafas keluar masuknya, serta memperlambatkan sedikit demi sedikit, seseorang itu dapat mencapai kesadaran mengenai hal-hal yang tidak dapat dirasakan sebagaimana dalam hal-hal situasi biasa.
Saturday, November 21, 2009
Yoga Patanjali ( 2 )
Friday, November 20, 2009
Radiasi Tenaga Dalam ( 2 )
- si A : informasi dari minda (otak) ke seluruhan jaringan saraf terputus-putus atau terganggu
- si B : apabila minda si A terputus, si B boleh membuat serangan minda, disadari atau tidak.
- Setiap kemahuan si B boleh dikawal. Hal ini boleh terjadi jika etheric si B menguasai si A.
Ada beberapa perkara yang boleh mengaktifkan Tenaga Dalam (menerusi proses tertentu) iaitu;
- adanya fokus tekanan pada sushumna iaitu diolah, dibuat dengan cara melatih pernafasan.
- mengingat Allah dengan sering melakukan zikir
- adanya tekanan yang berat
Jika tekanan pada sushumna sudah terjadi, atau kebangkitan tenaga dalam telah mencapai chakra tertentu, maka pada bahagian tertentu kebangkitan tenaga dalam akan terasa panas akibat konsentrasi yang berterusan, maka pengolahan tenaga itu perlu dilakukan.
Thursday, November 19, 2009
Pesan Wali.
Salam hormat dan rahayu.
Saya terbaca salah satu daripada lapan puluh tiga syarahan Syeikh Abdul Qadir Abdul Jailani (Wali Allah) mengenai pesanan beliau kepada anaknya Syeikh Abdul Wahab. Syarahan itu adalah syarahan yang ke tujuh puluh sembilan, dan antara petikan itu berbunyi begini;
'Apabila Wali Allah ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa kematiannya itu, anaknya Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau, "Berilah saya satu nasihat untuk peganganku sebelum ayah meninggal dunia", lalu beliau berkata kepada anaknya "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu takut kepada sesiapa pun, kecuali Dia jua, dan janganlah berharap kepada sesiapa pun kecuali Dia, dan pintalah segala keperluanmu kepadaNya. Janganlah bergantung kepada sesiapa pun dan tumpahkanlah kepercayaan dan keyakinanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepadaNya.'
Amanat Wali Allah kepada anaknya memberi pengajaran kepada kita. Untuk pengetahuan umum, kita perlulah mempunyai tauhid yang kukuh dan jiwa yang suci sebelum mempelajari dan menguasai ilmu kebatinan dan kerohanian. Hanya guru yang mursyid sahaja dapat membimbing seseorang itu ke jalan ketuhanan.
"Sungguh bahagia orang-orang yang membersihkan jiwanya". (Asy-Sham : 9).
Wednesday, November 18, 2009
Yoga Patanjali ( 1 )
meditasi/yoga/penekung |
Saturday, November 14, 2009
Amalan Kebatinan.
tempor beladiri |
samurai |
Untuk menghasilkan kundalini bagi orang yang mengamal ilmu kebatinan tradisional India ini perlulah melalui beberapa ujian dan rintangan. Begitu juga dengan amalan ilmu batin yang lain seperti menguasi Chi dalam Qigong, zen bagi orang Jepun, dan keruhanian Islam. Kebiasaannya ilmu kebatinan diwarisi turun temurun kepada orang terpilih, dan bukan sembarangan.
Wednesday, November 11, 2009
Radiasi Tenaga Dalam ( 1 )
Tuesday, November 10, 2009
Pintu Hati Kerohanian.
Salam hormat dan rahayu.
Sunday, November 8, 2009
Yoga Mistik Atau Union Mistique.
Salam hormat dan rahayu.
Pelbagai interpretasi atau terjemahan mengenai Yoga. Apakah seseorang itu perlu mengamal latihan yoga dan untuk tujuan tertentu? Ini tergantung kepada minat atau tujuan seseorang itu. Saya cuba secara umum dan ringkas memberi penjelasan mengenainya.
Yoga merupakan toute technique d'ascese et toute methode de meditation, iaitu menerangkan teknik berzuhud dan tatacara meditasi. Ada pelbagai jenis Yoga antaranya, Yoga Klasik, yang diperjelaskan oleh Patanjali dalam bukunya, Yoga Sutra.
Amalan Yoga yang bertujuan mistik pula, dikenali sebagai Union Mistique, dapat dipelajari dan diamal secara berterusan. Union Mistique, memerlukan lebih dulu menjauhkan diri dari kebendaan, memerdekakan diri dari keduniaan. Justeru Yoga diamal dalam usaha manusia untuk mendapat kesempatan bersatu dengan Tuhan (berzikir, mengingat berterusan tanpa henti).
Patanjali, mendefinisikan Yoga sebagai berikut ; la suppression des etats de consciences - Yoga citaavrttinirodlah), iaitu memfokus dan menghilangkan kesedaran. Justeru untuk mempraktikan Yoga seseorang itu perlu mempunyai pengalaman tentang keadaan-keadaan yang mengeruhkan dan mengganggu kesedaran yang normal yang profane. Contoh mengenai perkara tersebut terlalu banyak, untuk itu bolehlah di kategorikan kepada tiga bahagian:
Pertama, kekeliruan dan ilusi seperti mimpi, dan kecelaruan minda. Kedua, pengalaman-pengalaman psikologi normal iaitu apa yang dirasa atau difikirkan oleh orang yang profane yang tidak pernah mempraktikan Yoga. Dan ketiga, pengalaman-pengalaman para psikologi sebagai hasil mempraktikan Yoga.
Apakah amalan Yoga boleh disamakan dengan amalan mempraktikan patigeni, tafakur, atau hipnosis kendiri? Nah, inilah yang perlu kita cari perbedaan dan dapatkan pula pati rahsianya.
Tuesday, November 3, 2009
Occulte.
Salam hormat dan rahayu.
Dalam vocabulaire de la philosophie, Prof. Anre Lalande mendefinisi perkataan Occulte sebagai berikut : " Occulte bermaksud cache atau secret (tersembunyi atau rahasia)". Dihuraikan maksud tersebut sebagai ;
" Se dit des forces materielles ou spirituelles inconnues de la plupart des hommes, meme savants, ainsique des racherchersrelatives a ces forces et desperations qui les mettent en yeu. Pendant que la science des savants travaille anisi, il ya a toutes leepoques une science occulte qui la meprise et viseplus haut. Elle prend en pitie la raison qui rampe Elle veut voler, elle embrasse d'un coup di'oeilce qui a ete ce qui est et ce qui sera."
Saturday, October 31, 2009
Theosophie dan Mistik.
Friday, October 30, 2009
Terserlah Hijab.
Wednesday, October 28, 2009
Secebis Maklumat Ritual.
Salam hormat dan rahayu.
Apakah dengan menguasai dan mengamal sebarang amalan kebatinan secara berterusan dapat memenuhi apa yang dihajati. Sesetengah penganut Hindu, cuba mendapatkan tenaga dalam melalui amalan kundalini, manakala pengamal Buddha sedapat mungkin mendapatkan tahap nirwana dalam kehidupannya, malahan pengamal Tai Chi Quan meningkatkan tahap chi dalam tubuhnya. Kesemuanya ini, memerlukan ketabahan, berdisiplin dan kesabaran hati dalam memprakteknya, agar memperoleh kesaktian.
mandi mantra |
"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat." ( Ibrahim : 27 ).
Friday, October 16, 2009
Bicara Kerohanian.
Salam hormat dan rahayu.
Ilmu kebatinan atau ilmu keruhanian mempunyai perspektifnya tersendiri. Justeru sesiapa yang memilikinya, harus dipertingkat dan diperhalusi supaya tidak kucar kacir perjalanan hidupnya itu. Antara contoh, ilmu untuk beribadah kepada Allah bagi jasmani (jawarih) adalah ilmu syariat atau fiqh, sedangkan ilmu untuk beribadah ruhani atau batin ialah ilmu tasawuf.
Pendapat ulama tasawuf, Syekh Zaenuddin bin Ali Al Malibari dalam kitabnya, Al-Azkiya, sebagai berikut :
"Melakukan syariat tanpa hakikat adalah kosong tidak berisi. Sebaliknya, melakukan hakikat tanpa syariat adalah batal".
Apa jua ilmu yang baik untuk dijadikan amalan, hendaklah ianya menjadi satu amalan rutin yang berterusan dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain, seterusnya kepada masyarakat.
"Orang-orang yang beriman hatinya tenteram kerana zikir (mengingat) kepada Allah; ketahuilah, dengan zikir kepada Allah hati menjadi tenteram". (Al Ra'd : 29)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu..." (Al Qashah : 77).
Monday, August 17, 2009
Kebatinan: Definisi.
Salam hormat dan rahayu,
Berdasarkan petikan kata-kata Prof. M.M. Jayadiguna berkaitan soal kebatinan, yang meliputi empat aspek iaitu: ilmu ghaib, union mistik, sangkan paraning dumadi, dan budi luhur, dapatlah ianya dijadikan landasan untuk mendefinisikan perkataan 'Kebatinan'.
Kebatinan ialah sumber asas daripada Ketuhanan Yang Maha Esa untuk mencapai budi luhur guna kesempurnaan hidup.
Allah, Tuhan Yang Maha Esa adalah pencipta alam dan manusia, Dia yang mencipta segala wujud, alam ghaib, kebatinan sejagat, dan nilai-nilai luhur. Hendaklah kamu sadar, bahawa Tuhan itu disebut Allah, juga disebut Gusti, tiada zaman, tiada tempat, tidak terikat dengan ruang dan waktu, Dia itu yang menjadikan bumi dan langit beserta semua isinya, yang memberi hidup, kesenangan, memberi kepandaian, kesaktian, kepada semua makhlukNya. Malahan, Allah tidak dapat dibandingkan dengan apa jua.
" Ingatlah Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ". Al-Imran : 191.
Sunday, August 16, 2009
Kebatinan : Dari Mana Asal Perkataannya.
Antara asal perkataan 'Kebatinan' :
Apa itu Kebatinan ( 2 )
Salam hormat dan rahayu
Dalam ceramah-ceramah mengenai kebatinan, sering aku meneliti dua perkara iaitu:
1. Memayu ayuning bawana : membentuk dunia yang indah dan makmur.
2. Sepi ing pamrih rame ing gawe: banyak bekerja bakti, dengan tidak memikirkan kepentingan diri.
Prof. Dr. Selo Sumarjan (1966), dalam ceramahnya mengenai : kebatinan/Mistik sebagai gejala sosial, antara penulisannya ada memetik perkataan daripada Prof. Muhammad Muhsin Jayadiguna S.H., iaitu: Aliran kebatinan di Indonesia dapat di kategori dalam empat golongan;
Pertama : Golongan yang hendak mengunakan kekuatan-kekuatan ghaib untuk melayani berbagai keperluan manusia. Golongan ini, ialah mementingkan ilmu ghaib. ( Occultisme ).
Kedua : Golongan yang berusaha untuk mempersatukan jiwa manusia dengan Tuhan, selama manusia itu masih hidup, agar demikian manusia dapat merasakan dan mengetahui hidup yang baqa' sebelum manusia itu mengalami mati. ( Mysticisme ).
Ketiga : Golongan yang berniat mengenal Tuhan dan menembus alam rahasia " paran sangkaning dumadi ", iaitu dari mana hidup manusia ini dan ke mana hidup akhirnya pergi.
Keempat : Golongan yang berhasrat untuk menembusi budi luhur di dunia ini serta berusaha menciptakan masyarakat yang berdasarkan saling harga menghargai dan cinta mencintai dengan sentiasa mengendahkan perintah Tuhan. ( Keluhuran Budi ).
" Ilmu batin adalah rahsia diantaraKu. Aku jadikan di dalam hati hamba-hambaKu dan tidak ada yang menempatinya kecuali Aku ".
Sunday, August 9, 2009
Apa itu Kebatinan.
Salam hormat dan rahayu.
Untuk renungan kalian,
Sesiapa saja boleh berbicara mengenai kebatinan. Kebatinan itu sendiri membawa maksud jiwa halus yang perlu diaktifkan atau diolah bagi menghasilkan sesuatu, yang tidak dapat diperjelaskan oleh mana-mana Ilmu Qalam.
Ilmu Kebatinan adalah satu ilmu yang pengetahuannya amat luas sekali, sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Antara faktor utama untuk mencapai ilmu kebatinan ini, perlulah seseorang itu membersihkan diri, jiwa atau hatinya terlebih dahulu. Perlu guru kebatinan yang mursyid, yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus.
Tauhid dan iman kepada Tuhan perlu kukuh, tidak tergugat, dan tunggang-langgang. Justeru, kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu kebatinan yang luas ini, bergantung sejauh mana tahap kesucian hati dan jiwa kamu. Apakah ilmu kebatinan itu boleh disamakan dengan ilmu tenaga dalam, mahupun ilmu kerohanian, atau ilmu kesaktian? Nah! ini yang perlu dicari perbedaannya dengan teliti.
"Dan barang siapa yang beriman kepada Tuhan, pasti Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." ( Al-Taghaabun : 11. )
Wednesday, July 29, 2009
A Warm Welcome to The World
Let's cherish life through my eyes, and indulge yourself in my words.
May this little contribution helps enlighten the fading world...