Jihad fi sabilillah, sesiapa pun boleh menyebutnya, praktikalnya tergantung pada diri sendiri. Malah lain orang, lain pula persepsi mengenai fi sabilillah ini. Ada yang memperjuangkan sesuatu dengan jalan ketuhanan, ada yang juga melaungkan kebenaran lalu berjuang melalui tinta dan seni, melalui pemberontakan, melalui rapat umum, dan meja perundingan. Apa pun motif, yang nyata kita perlu berjuang melalui saluran tertentu dan bijaksana dalam menuntut sebarang keadilan.
Berjuang dengan jalan Allah untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran perlu mempunyai tahap kerohanian dan kebatinan yang teguh, perlu juga ada komuniti yang sanggup berkorban apa saja. Berjuang atas jalan Allah tidak semestinya dengan menggunakan mata pedang, peluru berpandu, atau senjata nuklear, malah boleh juga melalui pemikiran, penulisan, media, idea, harta benda, bimbingan pendidikan, ekonomi, dan menerusi kepemimpinan pemimpin yang adil dan bijaksana.
salam kwn..selamt tahun baru.. semuga tahun baru ini kita mulakan azam yang baru..semuga tahun 2010 lebih baik lagi azam kita dari tahun 2009...insyaallah
ReplyDeletesalam hormat
ReplyDeletesaudara/saudari hanes,
terima kasih, semoga hidup kita penuh ceria pada tahun 2010 dan seterusnya.
wahyujatmika/bicarawahyu.