Thursday, November 19, 2009

Pesan Wali.

Salam hormat dan rahayu.

Saya terbaca salah satu daripada lapan puluh tiga syarahan Syeikh Abdul Qadir Abdul Jailani (Wali Allah) mengenai pesanan beliau kepada anaknya Syeikh Abdul Wahab. Syarahan itu adalah syarahan yang ke tujuh puluh sembilan, dan antara petikan itu berbunyi begini;

'Apabila Wali Allah ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa kematiannya itu, anaknya Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau, "Berilah saya satu nasihat untuk peganganku sebelum ayah meninggal dunia", lalu beliau berkata kepada anaknya "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu takut kepada sesiapa pun, kecuali Dia jua, dan janganlah berharap kepada sesiapa pun kecuali Dia, dan pintalah segala keperluanmu kepadaNya. Janganlah bergantung kepada sesiapa pun dan tumpahkanlah kepercayaan dan keyakinanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepadaNya.'

Amanat Wali Allah kepada anaknya memberi pengajaran kepada kita. Untuk pengetahuan umum, kita perlulah mempunyai tauhid yang kukuh dan jiwa yang suci sebelum mempelajari dan menguasai ilmu kebatinan dan kerohanian. Hanya guru yang mursyid sahaja dapat membimbing seseorang itu ke jalan ketuhanan.

"Sungguh bahagia orang-orang yang membersihkan jiwanya". (Asy-Sham : 9).

4 comments:

  1. ader kumpulan silat yang bersilat seolah2 dirasuk.. kumpulan yang macam nie kite perlu jauhkan.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  2. salam hormat.

    Sekiranya seseorang itu mempunyai tauhid dan akidah ketuhanan yang kukuh, pasti dia ada luhur budi. Soal rasuk, tidak sedarkan diri,dalam melakukan sesuatu tindakan tidak timbul kerana hati setiap saat dan detik ingat atau zikir pada Ilahi.

    salam bicara,
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete
  3. ya saya setuju bangat mempunyai tauhid dan akidah yang kukuh iaitu singkatannya ialah iman kerana imanlah sahaja yang dapat menentukan manusia itu tidak terjerumus ke lembah kelalaian, hanyut dengan allah dan keimananlah jua dapat menguatkan tali perhubungan di antara manusia dengan allah serta membawa manusia ke jalan petunjuk untuk membolehkan diri rahsianya dapat dikembalikan kepada diri empunya diri tuhan semesta alam

    ReplyDelete
  4. salam rahayu,

    saudara zakir,
    terima kasih,

    benar kata saudara,ilmu,amal,dan iman tidak boleh dipisahkan. kenal diri, kenal Tuhan, kenal Tuhan badan binasa, sama ada fana' atau baqa'

    bicarawahyu.

    ReplyDelete