Monday, November 30, 2009

Extase.


Salam hormat dan rahayu,
Penjelasan lalu, saya telah menyentuh mengenai Pranayama iaitu cara atur nafas dalam bagi mempraktekkan Yoga. Kini secara asasnya saya cuba menerangkan apa itu extase, yang ada hubung kait dengan Pranayama. Melalui Ekagrata, Asana dan Pranayama, seseorang itu dapat meniadakan kondisi kemanusiaan. Justeru dengan tidak bergerak, dengan mengatur pernafasannya serta menumpukan perhatiannya ke arah sesuatu bahagian badannya, ia mulai berautonomi terhadap alam, dan tidak terpengaruh oleh keadaan luar.

Autonomi tersebut memungkinkan tercapainya tiga tahap yang lebih tinggi, dan yang terakhir yang dikenali sebagai samyana iaitu, konsentrasi (dharana), meditasi (dyana), dan extase (samadi). Tiga tahap yang terakhir ini hanya dapat terhasil dengan diulangnya berkali-kali secara latihan melalui pelbagai tahap psikologi. Ketiga tahap ini tidak terpisah satu daripada lainnya dan tidak memerlukan teknik lagi untuk saling berhubung.

Extase atau Samadi adalah suatu keadaan yang tidak dapat digambarkan (indescriptible), terlalu abstrak atau metafizik, keadaan dimana seseorang itu dapat memakai benda dengan tidak melalui kategori; iaitu benda itu merupakan hakikatnya, seakan-akan benda itu kosong dari dirinya. Dengan perkataan lain, tidak ada lagi perbedaan sesuatu benda dengan benda yang diketahui (la connaissance de l'object et l' obyet de la connaissance).

No comments:

Post a Comment