Salam hormat dan rahayu.
Pelbagai interpretasi atau terjemahan mengenai Yoga. Apakah seseorang itu perlu mengamal latihan yoga dan untuk tujuan tertentu? Ini tergantung kepada minat atau tujuan seseorang itu. Saya cuba secara umum dan ringkas memberi penjelasan mengenainya.
Yoga merupakan toute technique d'ascese et toute methode de meditation, iaitu menerangkan teknik berzuhud dan tatacara meditasi. Ada pelbagai jenis Yoga antaranya, Yoga Klasik, yang diperjelaskan oleh Patanjali dalam bukunya, Yoga Sutra.
Amalan Yoga yang bertujuan mistik pula, dikenali sebagai Union Mistique, dapat dipelajari dan diamal secara berterusan. Union Mistique, memerlukan lebih dulu menjauhkan diri dari kebendaan, memerdekakan diri dari keduniaan. Justeru Yoga diamal dalam usaha manusia untuk mendapat kesempatan bersatu dengan Tuhan (berzikir, mengingat berterusan tanpa henti).
Patanjali, mendefinisikan Yoga sebagai berikut ; la suppression des etats de consciences - Yoga citaavrttinirodlah), iaitu memfokus dan menghilangkan kesedaran. Justeru untuk mempraktikan Yoga seseorang itu perlu mempunyai pengalaman tentang keadaan-keadaan yang mengeruhkan dan mengganggu kesedaran yang normal yang profane. Contoh mengenai perkara tersebut terlalu banyak, untuk itu bolehlah di kategorikan kepada tiga bahagian:
Pertama, kekeliruan dan ilusi seperti mimpi, dan kecelaruan minda. Kedua, pengalaman-pengalaman psikologi normal iaitu apa yang dirasa atau difikirkan oleh orang yang profane yang tidak pernah mempraktikan Yoga. Dan ketiga, pengalaman-pengalaman para psikologi sebagai hasil mempraktikan Yoga.
Apakah amalan Yoga boleh disamakan dengan amalan mempraktikan patigeni, tafakur, atau hipnosis kendiri? Nah, inilah yang perlu kita cari perbedaan dan dapatkan pula pati rahsianya.
No comments:
Post a Comment