Tuesday, January 19, 2010

Yoga Patanjali (3)



amalan meditasi/yoga klasik



Salam hormat dan rahayu,

Dalam penulisan yang lalu saya ada menyentuh mengenai lapan syarat yang perlu dilalui oleh seseorang untuk menguasai ilmu Yoga [Yoga Patanjali (2) : Nov. 21, 2009], kini saya cuba menjelaskan perjalanan hidup sebagai ahli Yoga.

Secara ringkas : Yoga sebagaimana yang dihuraikan oleh Patanjali, adalah bertujuan melepaskan diri dari kondisi kemanusiaan, dan memperoleh kebebasan mutlak. Bagaimana caranya untuk memperoleh kesemuanya itu, antara kaedah ialah melalui teknik yang kompleks merangkumi psikologi dan kekuatan minda.

Kaedah tersebut dapat dinamakan sebagai anti profane atau anti humane, bermaksud : melakukan hal-hal sebaliknya apa yang dilakukan oleh manusia biasa. Manusia biasa hidup dalam masyarakat, mendirikan institusi keluarga. Yoga mewajibkan hidup tersendiri, tidak ada hubungan dengan wanita. Orang biasa bergerak, ahli Yoga berdiam. Orang biasa bernafas, ahli Yoga pula mengatur nafas dan mempersedikit sedapat mungkin.


menyatukan fikiran


Fikiran orang biasa memberi reaksi kepada berbagai dan pelbagai hal diluar dirinya. Yoga berfokus pada satu hal sahaja. Seorang ahli Yoga mengasingkan diri dari hidup material, dan hal-hal yang boleh mengganggu, mengurang dan menghilngkan tumpuan  fokus pemikirannya. 

Setiap pengamal Yoga sentiasa berusaha mempersatukan fungsi-fungsi hidup yang terpenting iaitu susun atur bernafas dan kesedaran minda.

1 comment:

  1. Salam...menarik blog ini...actually saya dari www.tvselangor.com, saya mmg sedang mencari pusat latihan yoga dan seni silat untuk rakaman sykt kami...cuma boleh saya tahu di mana lokasi Tuan? jika di selangor, boleh x saya minta kebenaran utk membuat rakaman utk segmen Seni dan Budaya bg sykt kami? Untuk makluman, tvselangor adalah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih

    ReplyDelete