Wednesday, June 2, 2010

Pentingnya Pengisian Kerohanian






Salam hormat dan rahayu.



Menentang kebatilan dalam bentuk apa jua pun, seseorang itu perlu mempunyai semangat dan ilmu kerohanian dan kebatinan yang tinggi serta mantap dalam menguasai dirinya. Menguasai diri di sini bermaksud seseorang itu dapat mengawal emosi, memanfaatkan ilmu yang dipelajari ke jalan yang benar, sentiasa berjiwa besar tetapi merendahkan diri, tidak gah dan tidak sombong serta berdisiplin.






Berjuang terus berjuang terutama menegakkan agama, maruah diri dan bangsa, serta sanggup mempertahankan negara dari dijajah oleh orang lain walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Sekiranya tidak berani menanggung risiko, usahlah mendabik dada sebagai pejuang agama dan bangsa. Ketika zaman British memerintah Tanah Melayu, ramai pejuang dan pemimpin berjuang menentang untuk mendapatkan kebebasan rakyat dan mahukan kemerdekaan walaupun risikonya begitu tinggi.







Sebagai contoh zaman kepahlawan Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Tok Bahaman berjuang berhabis-habisan menentang penjajah kerana menindas rakyat, mengaut keuntungan sumber bumi watan. Ramai orang penting British tunggang langgang, ada yang dibunuh, ada yang balik ke negeri asal kerena hebatnya pejuang rakyat bertindak ke atas mereka.




Dewasa ini di kebanyakan tempat diserata dunia, rakyat setempat telah celik akal dan berani memperjuangkan yang hak demi keutuhan kedaulatan negara masing-masing. Bagaimana ini boleh berlaku? sudah tentu banyak faktor, antaranya melalui pendidikan, pergolakan politik, dan pergerakan iklim ekonomi serta iklim sosio-budaya.







Pengaruh konflik sesama pemimpin diluar atau di negara jiran juga sedikit banyak mempengaruhi pemikiran rakyat. Apa yang penting disini, setiap tindakan perlulah diperhalusi terlebih dahulu supaya tidak tersasar yang boleh mengakibatkan kehancuran keharmonian rakyat. Pengisian rohani pada setiap jiwa amatlah perlu diutamakan untuk menangkis apa jua sebarang fahaman yang negatif yang boleh mendatangkan mudarat pada diri dan negara.

1 comment:

  1. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    ReplyDelete