Tuesday, December 15, 2009

Zaman Edan (Pekewuh)





Salam hormat dan rahayu,

Pejuang tulen tidak akan tewas dengan material, tidak akan tewas dengan dambaan nafsu, malah dalam apa jua situasi terutama melalui zaman edan atau gila, pasti menghadapi sebarang sukar atau sulit dalam mencari akal ikhtiar. Pejuang di sini bukan saja bermaksud pejuang dalam medan pertempuran, malah lebih dari itu, antaranya pejuang rakyat, pejuang agama, pejuang seni, pejuang bangsa dan negara, termasuk pejuang kebenaran dan keadilan tidak akan henti-henti berjuang untuk mencapai matlamatnya. Perjuangan perlulah dengan disertai tahap kerohanian yang tinggi.



terus berjuang

Saya terbaca beberapa penulisan dalam  'Serat Sabda Jati' dimana ada menjelaskan perkara berkaitan dengan zaman yang serba sulit (sukar) atau edan, dengan kata lain, disebut zaman pekewuh atau kalabendu. Antara kalimah-kalimahnya disebut sebagai berikut:

" orang-orang dalam zaman pakewuh (edan), kerendahan budinya makin menjadi-jadi, kekacauan bertambah, banyak orang berhati sesat (buruk), melanggar peraturan yang benar, kesetiaan sudah tiada terlihat. Bagi orang yang tahu akan kebenaran, dalam hati terasa ewuh (bingung), apabila tidak turut berbuat sesat, hidupnya akan menjadi merana, kalau ikut pula akan menjadi rendah budi pekertinya.

Justeru tindakan seperti itu, bermaksud tidak percaya akan kemurahan dan kekuasaan Tuhan, yang mencipta segala sesuatu. Apabila memohon dengan bersungguh hati, pasti mendapat anugerah dari kemurahan atau rahmat Tuhan. Tuhan mengabulkan semua permohonan, apabila disertai kesungguhan, Allah pasti memberi pertolongan, tidak akan kekurangan makan serta pakaian. Segala yang diingini akan terlaksana ".

Petikan di atas ini, menggambarkan sifat segolongan orang atau pemimpin, yang mengambil kesempatan dalam zaman edan, yang mengabdi hawa nafsunya. Petikan ini juga memberi pengajaran dan kesadaran buat masyarakat agar berpegang teguh dengan takdir dan rahmat Tuhan.

4 comments:

  1. Nikmati aja hidup ini, semua sdh ada yang mengatur. I come and follow here. thank !

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum, jagat yang banyak dihuni wong edan sehingga jamannya disebut yang edan. Manusia yang perilakunya edan , sehingga disebut wong edan. Dimana letaknya edan ..............

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan,
    Terima kasih kerana menjadi pengikut blog saya, Balkoni Puisi Penabahari. Senang sekali menelusuri tulisan tuan. Saya juga akan menjadi pengikut blog tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam hormat
    Penabahari,

    Waalaikumussalam Tuan,

    Semoga kita dapat saling bertukar fikiran dan pengalaman untuk kemanusiaan sejagat.

    Wahyujatmika.

    ReplyDelete