Saturday, December 26, 2009

Pesan Wali - Hindar Nafsu Badaniah.



ayah man wali
Salam hormat dan rahayu,

Setiap anutan, ajaran dan kepercayaan agama, mementingkan tingkat peningkatan kerohanian penganutnya. Setiap penganut apa jua agama boleh pertingkat kerohaniannya melalui beberapa cara, antaranya yang paling penting sekali ialah bersih jiwa, hindar nafsu badaniah, bertafakur atau bersemedi, berpuasa, fokus pada keyakinan yang tinggi, dan tauhid yang kukuh.

Seorang Wali Allah melalui ceramah sufinya, dalam Kitab Fatuhul Ghaib, syarahan yang ke tujuh, ada menyebut mengenai betapa pentingnya menghindar nafsu badaniah, antara petikannya adalah seperti berikut :

"...keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segalanya kepada Allah. Penuhkan hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintahNya dan larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki hati kamu. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu hendaklah berjuang melawannya, dan jangan kamu menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa.

Justeru janganlah berkehendak kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Permintaan kamu yang bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak ini jika diturut, akan merosak diri kamu dan menjauhkan kamu daripada Allah. Bertawakkallah kepadaNya, dan jangan sekali-kali syirik kepada Dia. Allah yang menjadikan nafsu dan kehendak kamu."


Barang siapa bercadang hendak bertemu dengan TuhanNya, hendaklah beramal soleh dan jangan sama sekali sekutukan Allah dengan apa jua.

1 comment:

  1. salam tuan...,

    larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki hati kamu.

    membuang dan menjauhkan maksiat zahir akan mensejahterakan mata hati. bila telah berkebiasaan berdisplin pada melarangi hati dari terlintas maksiat zahir maka berpindahlah amalan kita dengan mengelakkan diri kepada pekara mubah... iaitu mengelakkan diri dari melakukan pekara yang diperbolehkan yang terbit dari kehendak nafsu sebagai contoh nafsu ingin memakan daging tetapi dengan mengelakkan diri dari memakan daging itu akan membuat diri lebih berkhalwat pada tuhan, kerana sesuatu yang terbit dari nafsu itu akan mengerasi pada hati yang mana akan di minta oleh nafsu itu bagi kali kedua,ketiga dan seterusnya hingga pada pekara yang kecil walau di perbolehkan pada syariat kelak ia kan menjadi suatu bebanan dan tanggungan.

    ReplyDelete