Monday, December 28, 2009

Semangat Juang.


Salam hormat dan rahayu,

Jihad fi sabilillah, sesiapa pun boleh menyebutnya, praktikalnya tergantung pada diri sendiri. Malah lain orang, lain pula persepsi mengenai fi sabilillah ini. Ada yang memperjuangkan sesuatu dengan jalan ketuhanan, ada yang juga melaungkan kebenaran lalu berjuang melalui tinta dan seni, melalui pemberontakan, melalui rapat umum, dan meja perundingan. Apa pun motif, yang nyata kita perlu berjuang melalui saluran tertentu dan bijaksana dalam menuntut sebarang keadilan.


Rakyat Palestine tidak jemu-jemu, berterusan menentang Israel untuk mendapatkan hak kemanusiaan dan bumi mereka, begitu juga di negara kita, suatu ketika dulu pernah rakyat bangkit menentang penjajahan British, Jepun dan kezaliman kominis. Semangat patriotisme dan semangat jihad rakyat, akhirnya dapat membantu membebaskan negara ini dari cengkaman maut penjajahan yang ingin bertapak dan berkuasa selama-lamanya.


Berjuang dengan jalan Allah untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran perlu mempunyai tahap kerohanian dan kebatinan yang teguh, perlu juga ada komuniti yang sanggup berkorban apa saja. Berjuang atas jalan Allah tidak semestinya dengan menggunakan mata pedang, peluru berpandu, atau senjata nuklear, malah boleh juga melalui pemikiran, penulisan, media, idea, harta benda, bimbingan pendidikan, ekonomi, dan menerusi kepemimpinan pemimpin yang adil dan bijaksana.

2 comments:

  1. salam kwn..selamt tahun baru.. semuga tahun baru ini kita mulakan azam yang baru..semuga tahun 2010 lebih baik lagi azam kita dari tahun 2009...insyaallah

    ReplyDelete
  2. salam hormat
    saudara/saudari hanes,

    terima kasih, semoga hidup kita penuh ceria pada tahun 2010 dan seterusnya.

    wahyujatmika/bicarawahyu.

    ReplyDelete