Monday, November 30, 2009

Extase.


Salam hormat dan rahayu,
Penjelasan lalu, saya telah menyentuh mengenai Pranayama iaitu cara atur nafas dalam bagi mempraktekkan Yoga. Kini secara asasnya saya cuba menerangkan apa itu extase, yang ada hubung kait dengan Pranayama. Melalui Ekagrata, Asana dan Pranayama, seseorang itu dapat meniadakan kondisi kemanusiaan. Justeru dengan tidak bergerak, dengan mengatur pernafasannya serta menumpukan perhatiannya ke arah sesuatu bahagian badannya, ia mulai berautonomi terhadap alam, dan tidak terpengaruh oleh keadaan luar.

Autonomi tersebut memungkinkan tercapainya tiga tahap yang lebih tinggi, dan yang terakhir yang dikenali sebagai samyana iaitu, konsentrasi (dharana), meditasi (dyana), dan extase (samadi). Tiga tahap yang terakhir ini hanya dapat terhasil dengan diulangnya berkali-kali secara latihan melalui pelbagai tahap psikologi. Ketiga tahap ini tidak terpisah satu daripada lainnya dan tidak memerlukan teknik lagi untuk saling berhubung.

Extase atau Samadi adalah suatu keadaan yang tidak dapat digambarkan (indescriptible), terlalu abstrak atau metafizik, keadaan dimana seseorang itu dapat memakai benda dengan tidak melalui kategori; iaitu benda itu merupakan hakikatnya, seakan-akan benda itu kosong dari dirinya. Dengan perkataan lain, tidak ada lagi perbedaan sesuatu benda dengan benda yang diketahui (la connaissance de l'object et l' obyet de la connaissance).

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha.


Salam hormat dan rahayu.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, kepada semua jemaah haji, semoga Allah swt memberkati kalian dan mendapat haji Mabrur. Hari Qurban adalah hari kebebasan dari kesengsaraan dan penderitaan, disamping merenung kembali iktibar betapa besarnya pengorbanan Nabi Allah Ibrahim. Baginda akur dengan perintah Allah swt.

Apa saja jua perjuangan, pasti ia memerlukan pengorbanan, ini tergantung kepada individu itu sendiri mentafsirnya. Untuk membinasakan nafsu sebagai contoh nafsu ammarah, dan lawwamah seseorang itu perlu melakukan pengorbanan yang besar. Jika tidak kamu akan mengalami ketidak ikhlasan dalam sebarang tindakan. Sekiranya kamu tidak ikhlas dalam apa jua tindakan atau berfikir pasti mengalami kekhuatiran yang besar.

Justeru berkorban apa saja jiwa dan raga untuk mencapai kesejahteraan hidup mengikut lunas-lunas peraturan tertentu, dan memperoleh rahmat Allah swt.

Monday, November 23, 2009

Pranayama (Atur Nafas)



Salam Hormat dan rahayu.

Prof. Dr. H.M. Rasjidi, (1967) Dalam penulisannya 'Islam dan Kebatinan', ada menyentuh mengenai Pranayama iaitu bagaimana caranya atur nafas dalam mempraktekkan amalan Yoga. Saya cuba menerangkan seboleh mungkin paling asas berkaitan perkara tersebut.


Pranayama dengan bahasa yang mudah boleh dimaksudkan sebagai: memberhentikan gerak bernafas keluar dan masuk ke dalam tubuh. Ini dapat diperoleh sesudah mempraktekkan ASANA. Menurut Yoga sutra, hubungan antara nafas dan kesedaran (conscience) adalah erat; sebagai contoh orang yang sedang marah tidak dapat kawal emosi, nafasnya keras dan cepat. Maka dengan mengatur nafas keluar masuknya, serta memperlambatkan sedikit demi sedikit, seseorang itu dapat mencapai kesadaran mengenai hal-hal yang tidak dapat dirasakan sebagaimana dalam hal-hal situasi biasa.


Melalui Pranayama, ahli Yoga dapat mengetahui keadaan hidupnya, dengan perantaraan gerak hatinya. Melalui Pranayama tersebut seorang ahli Yoga mengerti erti hidupnya, akan tetapi tidak terseret oleh kehidupan. Semua itu dilakukan dengan mengatur nafas (puraka), pengeluaran nafas (resaka), dan menahan nafas (kumbaka).


Sistem mengatur keluar masuknya nafas ini dipakai juga oleh orang di luar India. Di negeri Cina kebanyakan rakyatnya mempraktekkan respiration embryonnairt atau Tai Chi, iaitu menahan nafas sedikit demi sedikit. Mula-mula kiraan 3,5,7 senafas, sampai 12 senafas, setelah itu 120 kiraan senafas, sehingga ke tahap kiraan 1000 senafas, kesudahannya bernafas di dalam badan.


Menurut H. Masperd (Journal Asiatique 1937), mempraktekkan nafas dalam tersebut memberi kekuatan ajaib (siddhi) kepada pengamal seperti berjalan di atas air, memegang api tanpa terbakar, sehingga boleh menyembuhkan penyakit dan memperpanjangkan usia.

Saturday, November 21, 2009

Yoga Patanjali ( 2 )

Salam hormat dan rahayu.


Permulaan tindakan Yoga adalah melalui konsentratie kepada suatu titik seperti memandang pucuk hidung, atau suatu barang yang terang, ataupun memikirkan sesuatu idee. Konsentrasi atau ekagrata ini melakukan kawalan terhadap dua sumber parombang ambingan mental, iaitu : perasaan (sense) dan subconscience. Justeru para Yoga dapat menghilangkan gangguan tersebut melalui perantaraan ekagrata dengan mengambil kira syarat-syarat tertentu. Ada lapan syarat perlu dilalui untuk menguasai Yoga, iaitu :



larangan-larangan (Yama)

disiplin (neyana)

cara meletakkan badan (asana)

cara bernafas (pranayama)

bebas dari merasakan barang-barang diluar badannya (pratyahara)

konsentrasi (darana)

meditasi (dhyana), dan

samadi


Yama atau larangan-larangan bagi pengamal Yoga membawa maksud tidak boleh membunuh, bohong, mencuri, tidak boleh bersifat kikir, dan tidak boleh melakukan sanggama. Neyana atau disiplin pula adalah kebersihan dalam tubuh. Syarat yang ketiga, ialah cara meletakkan tubuh badan (posture) iaitu asana. Keempat pula, ialah pranayama atau peraturan nafas yang perlu dipelajari. Cara bernafas adalah berbeda dengan cara bernafas orang biasa.

Friday, November 20, 2009

Radiasi Tenaga Dalam ( 2 )

Salam hormat dan rahayu.


Pada peringkat pertama telah pun saya terangkan definisi Tenaga Dalam, kini saya teruskan penjelasan lanjut untuk tatapan pembaca blog ini. Umumnya, Tenaga Dalam terhasil melalui pernafasan yang halus dan bermulanya dari peringkat tinggi dari setiap aliran, kerana pernafasan yang halus akan membawa ketenangan, sehingga memudahkan untuk melakukan meditasi.






Tenaga Dalam pasti terhasil jika ada sentuhan dimensi etherik (etheric body) sesuatu objek dengan objek yang lain, antaranya manusia dengan manusia, manusia dengan benda, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan persekitaran.





Bagaimana Tenaga Dalam saling berhubung? penjelasan yang mudah boleh diberi, antara contohnya melalui hubungan psikologi: si A ada emosi, si B tidak beremosi. Justeru :



  • si A : informasi dari minda (otak) ke seluruhan jaringan saraf terputus-putus atau terganggu


  • si B : apabila minda si A terputus, si B boleh membuat serangan minda, disadari atau tidak.


  • Setiap kemahuan si B boleh dikawal. Hal ini boleh terjadi jika etheric si B menguasai si A.

Ada beberapa perkara yang boleh mengaktifkan Tenaga Dalam (menerusi proses tertentu) iaitu;




  • adanya fokus tekanan pada sushumna iaitu diolah, dibuat dengan cara melatih pernafasan.


  • mengingat Allah dengan sering melakukan zikir


  • adanya tekanan yang berat

Jika tekanan pada sushumna sudah terjadi, atau kebangkitan tenaga dalam telah mencapai chakra tertentu, maka pada bahagian tertentu kebangkitan tenaga dalam akan terasa panas akibat konsentrasi yang berterusan, maka pengolahan tenaga itu perlu dilakukan.

Thursday, November 19, 2009

Pesan Wali.

Salam hormat dan rahayu.

Saya terbaca salah satu daripada lapan puluh tiga syarahan Syeikh Abdul Qadir Abdul Jailani (Wali Allah) mengenai pesanan beliau kepada anaknya Syeikh Abdul Wahab. Syarahan itu adalah syarahan yang ke tujuh puluh sembilan, dan antara petikan itu berbunyi begini;

'Apabila Wali Allah ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa kematiannya itu, anaknya Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau, "Berilah saya satu nasihat untuk peganganku sebelum ayah meninggal dunia", lalu beliau berkata kepada anaknya "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu takut kepada sesiapa pun, kecuali Dia jua, dan janganlah berharap kepada sesiapa pun kecuali Dia, dan pintalah segala keperluanmu kepadaNya. Janganlah bergantung kepada sesiapa pun dan tumpahkanlah kepercayaan dan keyakinanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepadaNya.'

Amanat Wali Allah kepada anaknya memberi pengajaran kepada kita. Untuk pengetahuan umum, kita perlulah mempunyai tauhid yang kukuh dan jiwa yang suci sebelum mempelajari dan menguasai ilmu kebatinan dan kerohanian. Hanya guru yang mursyid sahaja dapat membimbing seseorang itu ke jalan ketuhanan.

"Sungguh bahagia orang-orang yang membersihkan jiwanya". (Asy-Sham : 9).

Wednesday, November 18, 2009

Yoga Patanjali ( 1 )

Salam hormat dan rahayu.



meditasi/yoga/penekung



Apakah dengan melalui amalan Yoga, seseorang itu dapat menghilangkan kekeliruan, ilusi, dan kecelaruan minda. Bagi kebanyakan pengamal-pengamal Yoga, mereka yakin dengan kaedah ini terutama melalui jalan samadhi.

Dalam kitab Yoga Sutra ada diterangkan lima peringkat kesedaran ( conscience ) iaitu pertama, tidak stabil (instable), kedua, confuse, obscure (mudha) keliru bercampur aduk atau keruh, ketiga, keadaan stabil dan keadaan tidak stabil, keempat, terarah kepada satu titik (ekagrata), dan kelima, terkendali sepenuhnya (nirrudha).

Untuk pengetahuan, peringkat pertama dan kedua adalah peringkat asas atau umum bagi manusia. Manakala peringkat ketiga dapat diperoleh dengan melakukan tumpuan atau konsentrasi yang mendalam seperti hafalan, tetapi ini tidak membantu untuk menghasilkan : penyelamatan (delivrance) atau Mukti, kerana ia tidak diperoleh melalui Yoga.

Mukti (penyelamatan dari penderitaan) hanya dapat diperoleh melalui peringkat kesedaran keempat dan kelima, iaitu melalui jalan ascese (zuhud) dan meditasi. Sesiapa saja boleh mempelajari dan mempraktek Yoga seperti Yoga Patanjali, tetapi hendaklah dengan tunjuk ajar guru yang berpengalaman. Saya akan cuba menjelaskan secara paling asas teknik (cara) mempraktekkan Yoga pada penulisan akan datang.

Saturday, November 14, 2009

Amalan Kebatinan.


seni tongkat

Salam hormat dan rahayu.

Secara semulajadi manusia dan haiwan mempunyai kaedahnya atau cara tersendiri untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Naluri manusia akan buat apa saja demi menyelamatkan diri dan keluarga, termasuk negara. Kaum India terkenal dengan Kalari Payat atau Silamban, kaum Cina dengan TaiChi dan seni Kung Fu, dan kaum Melayu pula terkenal dengan pelbagai jenis Seni Silat mampu bukan saja untuk mempertahankan diri malah untuk tujuan kesihatan.

Apakah semua bela diri seperti Aikido, Karate, Kung Fu, Seni Silat, dan Kalari Payat ada mengamal spiritual atau kebatinan, mahupun tenaga dalam? Mungkin ada dan mungkin sebaliknya. Apa yang pasti kebanyakan pengamal seni bela diri akan cuba menguasai pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

tempor beladiri


samurai

Untuk menghasilkan kundalini bagi orang yang mengamal ilmu kebatinan tradisional India ini perlulah melalui beberapa ujian dan rintangan. Begitu juga dengan amalan ilmu batin yang lain seperti menguasi Chi dalam Qigong, zen bagi orang Jepun, dan keruhanian Islam. Kebiasaannya ilmu kebatinan diwarisi turun temurun kepada orang terpilih, dan bukan sembarangan.

Wednesday, November 11, 2009

Radiasi Tenaga Dalam ( 1 )



Salam hormat dan rahayu.


Saya cuba menerangkan dan mendefinisikan apa itu Tenaga Dalam, dalam konteks Ilmu Kebatinan. Memiliki Tenaga Dalam persis berbeda kaedahnya mempraktikan amalan keruhanian, dan kebatinan. Tenaga Dalam sememangnya sedia ada di dalam tubuh setiap orang, tidak kira apa jua pegangan agama, bangsa atau kaum, dan kepercayaan.

Tenaga Dalam adalah tenaga yang dihasilkan oleh keaktifan hormon yang sensitif terhadap dimensi etherik. Hormon-hormon tersebut letaknya tertentu, iaitu pada kelenjar-kelenjar yang disebut chakra. (Menurut istilah Yoga).


Tenaga Dalam terhasil antaranya melalui pengolahan nafas dalam, ini tergantung kepada aliran individu. Pengolahan aliran pernafasan itu sudah tentu saling berbeda-beda mengikut keampuhan masing-masing. Apakah anda ingin memiliki Tenaga Dalam dan cuba menguasainya? Yang pasti ia ada dalam diri anda, cuma perlu mencari titik fokus tenaga tersebut.

Tenaga Dalam ini perlu diaktif secara berterusan, supaya dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Tenaga Dalam dapat dipertingkat dan dihalusi sekiranya; tenaga itu sering mengaktifkan kesadaran tinggi, dan seterusnya melakukan latihan pernafasan secara perlahan atau ansur maju.

Tuesday, November 10, 2009

Pintu Hati Kerohanian.


Salam hormat dan rahayu.

Takabur, sombong, dan bongkak adalah pakaian Tuhan, kerana Dia Maha Berkuasa. Binasa kita jika memakai pakaian itu tanpa keizinanNya. Segala pintu hati sentiasa tertutup dan sukar untuk menuju ke jalan kebenaran.

Sekiranya kita berada dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu membuka pintu hati untuk berbaik sangka, dan saling membantu secara ikhlas, pasti akan ujud kucar kacir dalam keharmonian hidup. Manusia tidak kira apa jua bangsa, agama, kulit, dan status kedudukan, perlulah saling menghormati, memelihara keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Keikhlasan diri setiap manusia amatlah penting untuk saling hidup penuh kedamaian.





Hindarilah jiwa yang tidak ikhlas kerana ia mengundang kekhuatiran yang besar. Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal daging. Bila ia baik, sekujur badan akan ikut baik, dan bila ia buruk, sekujur badan akan menjadi buruk. Itulah hati.

Pelihara dan sucilah hati kamu untuk mencapai keruhanian dan kebatinan yang tinggi. Bukalah pintu hati yang suci untuk kebaikan dan keharmonian hidup. Apa jua kepercayaan dan agama seseorang itu, tendesinya adalah kepada kejernihan hati untuk membangun ketamadunan kemanusiaan.

Sunday, November 8, 2009

Yoga Mistik Atau Union Mistique.

Salam hormat dan rahayu.

Pelbagai interpretasi atau terjemahan mengenai Yoga. Apakah seseorang itu perlu mengamal latihan yoga dan untuk tujuan tertentu? Ini tergantung kepada minat atau tujuan seseorang itu. Saya cuba secara umum dan ringkas memberi penjelasan mengenainya.

Yoga merupakan toute technique d'ascese et toute methode de meditation, iaitu menerangkan teknik berzuhud dan tatacara meditasi. Ada pelbagai jenis Yoga antaranya, Yoga Klasik, yang diperjelaskan oleh Patanjali dalam bukunya, Yoga Sutra.

Amalan Yoga yang bertujuan mistik pula, dikenali sebagai Union Mistique, dapat dipelajari dan diamal secara berterusan. Union Mistique, memerlukan lebih dulu menjauhkan diri dari kebendaan, memerdekakan diri dari keduniaan. Justeru Yoga diamal dalam usaha manusia untuk mendapat kesempatan bersatu dengan Tuhan (berzikir, mengingat berterusan tanpa henti).

Patanjali, mendefinisikan Yoga sebagai berikut ; la suppression des etats de consciences - Yoga citaavrttinirodlah), iaitu memfokus dan menghilangkan kesedaran. Justeru untuk mempraktikan Yoga seseorang itu perlu mempunyai pengalaman tentang keadaan-keadaan yang mengeruhkan dan mengganggu kesedaran yang normal yang profane. Contoh mengenai perkara tersebut terlalu banyak, untuk itu bolehlah di kategorikan kepada tiga bahagian:

Pertama, kekeliruan dan ilusi seperti mimpi, dan kecelaruan minda. Kedua, pengalaman-pengalaman psikologi normal iaitu apa yang dirasa atau difikirkan oleh orang yang profane yang tidak pernah mempraktikan Yoga. Dan ketiga, pengalaman-pengalaman para psikologi sebagai hasil mempraktikan Yoga.

Apakah amalan Yoga boleh disamakan dengan amalan mempraktikan patigeni, tafakur, atau hipnosis kendiri? Nah, inilah yang perlu kita cari perbedaan dan dapatkan pula pati rahsianya.

Tuesday, November 3, 2009

Occulte.


Salam hormat dan rahayu.





Dalam vocabulaire de la philosophie, Prof. Anre Lalande mendefinisi perkataan Occulte sebagai berikut : " Occulte bermaksud cache atau secret (tersembunyi atau rahasia)". Dihuraikan maksud tersebut sebagai ;

" Se dit des forces materielles ou spirituelles inconnues de la plupart des hommes, meme savants, ainsique des racherchersrelatives a ces forces et desperations qui les mettent en yeu. Pendant que la science des savants travaille anisi, il ya a toutes leepoques une science occulte qui la meprise et viseplus haut. Elle prend en pitie la raison qui rampe Elle veut voler, elle embrasse d'un coup di'oeilce qui a ete ce qui est et ce qui sera."



Maksudnya. 'Occulte' diterima pakai untuk menunjukkan kekuatan materiil atau spiritual yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, walaupun yang ahli dalam pengetahuan, dan dapat menunjukkan penyelidikan mereka mengenai kekuatan-kekuatan tersebut, namun ilmunya tidak dapat diterjemahkan dan mengatasi dalam bentuk ilmu sains biasa. Justeru occulte atau disenangi dengan sebutan ilmu ghaib, meliputi masa lalu, masa kini, dan masa akan datang.
Ilmu Ghaib meliputi segala sesuatu yang belum termasuk dalam kajian sains. Justeru untuk mencari kebenaran ilmu ghaib perlu melalui sains. Apakah perkara ini ada benarnya?. tepuk dada tanya akal, pasti anda dapat menemui jawapannya.