Saturday, December 12, 2009

Tuhan dari akarkata " tuh ".


Salam hormat dan rahayu,

Saya ingin berkongsi maklumat, dan bertukar fikiran berkaitan apa jua isu kebatinan dan kerohanian bersama pembaca. Justeru sekiranya pembaca blog ini ingin mencetuskan minda, dan meluahkan pengalaman bolehlah memberi sebarang komen dan ulasan yang membina.

Saya ada membaca Kitab Mantra Yoga, Ki Trunarimong dalam bahasa Jawa dan Sanskrit berkaitan asal perkataan Tuhan dari akar kata umbi "tuh". Saya cuba menterjemah perkara tersebut untuk memudahkan kefahaman pembaca, dan memanfaatkannya.

Beberapa sebutan teks berkaitan Kitab Mantra Yoga dapat saya terjemahkan, untuk renungan pembaca, antaranya;

"Kepercayaan menurut tinjauan hidup kesaktian kepada Sang Hiyang sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa melarang kita berpemandangan, bahawa pendirian keesaan Tuhan (monotheisme) itu ialah hasil yang paling akhir dari kecerdasan dasar-dasar yang sederhana.

Pengarang Andrew Lang dalam bukunya 'The Making of Religion (1909, cetakan 3)' telah menjelaskan bahawa perasaan kepada keesaan Tuhan itu memang sudah ada pada beberapa bangsa yang rendah tingkat kecerdasannya.

Seorang pengarang, P.W. Schmidt, dalam bukunya " Der Ursprung Der Gotteesidee " telah menguatkan pendiriaan itu dengan bantuan penyelidikan ilmu bangsa. Dengan tidak berpihak kepada pemikiran pengarang-pengarang, dan pengikut aliran lingkaran kebudayaan (kulturkreist). Justeru beliau berpendapat pula, bahawa tinjauan hidayat kesaktian orang umum memberi tempat yang luas bagi susunan keagamaan dan kepercayaan kepada faham keTuhanan Yang Esa.

Istilah TUHAN YANG - ESA seperti dipakai dalam PEMBUKA KONSTITUSI 1945 dan Mukaddimah Konstitusi Republik Indonesia 1950 untuk menyatakan Allah Yang Maha Tinggi menurut fahaman monoteisma memang mula-mulanya masuk terhitung kepada tinjauan hidayat kesaktian, - Tuh, Yang dan Esa, bermaksud Tunggal, nyata tersimpan didalamnya, serta dipakai dan diterima dalam zaman peralihan agama dan peradaban untuk menyatakan Allah menurut ajaran Kesatuan Tuhan dan ajaran Tauhid agama Islam. (Tatanegara Majapahit Sapta Perwa I, oleh Prof. H. M. Yamin, p.75).

"Tiada Tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalah segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu."

2 comments:

  1. salam....,

    saya tak tahu apa langsung apa yang ada dalam kitab mantera yoga itu cuma saya berpendapat kesemua agama adalah mencari kebenaran yang tunggal dan yang tunggal adalah memperkenalkan dirinya yang esa dari segi menafikan segala yang wujud. jadi saya agak bersetuju dengan penyataan....."Kepercayaan menurut tinjauan hidup kesaktian kepada Sang Hiyang sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa melarang kita berpemandangan, bahawa pendirian keesaan Tuhan (monotheisme) itu ialah hasil yang paling akhir dari kecerdasan dasar-dasar yang sederhana....... kerana sesungguhnya ilmu yang berdiri pada sifat itu adalah terbatas sedangkan pengalaman rasa kenal mengenal akan keesaan tuhan itu tidak ada sempadan dan ianya tidak boleh di ungkapkan berdasarkan ilmu sahaja......

    ReplyDelete
  2. Salam bicara
    zakir lazarus,

    terima kasih atas pandangan dan penjelasan berkaitan ketuhanan.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete