Saturday, November 14, 2009

Amalan Kebatinan.


seni tongkat

Salam hormat dan rahayu.

Secara semulajadi manusia dan haiwan mempunyai kaedahnya atau cara tersendiri untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Naluri manusia akan buat apa saja demi menyelamatkan diri dan keluarga, termasuk negara. Kaum India terkenal dengan Kalari Payat atau Silamban, kaum Cina dengan TaiChi dan seni Kung Fu, dan kaum Melayu pula terkenal dengan pelbagai jenis Seni Silat mampu bukan saja untuk mempertahankan diri malah untuk tujuan kesihatan.

Apakah semua bela diri seperti Aikido, Karate, Kung Fu, Seni Silat, dan Kalari Payat ada mengamal spiritual atau kebatinan, mahupun tenaga dalam? Mungkin ada dan mungkin sebaliknya. Apa yang pasti kebanyakan pengamal seni bela diri akan cuba menguasai pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

tempor beladiri


samurai

Untuk menghasilkan kundalini bagi orang yang mengamal ilmu kebatinan tradisional India ini perlulah melalui beberapa ujian dan rintangan. Begitu juga dengan amalan ilmu batin yang lain seperti menguasi Chi dalam Qigong, zen bagi orang Jepun, dan keruhanian Islam. Kebiasaannya ilmu kebatinan diwarisi turun temurun kepada orang terpilih, dan bukan sembarangan.

6 comments:

  1. salam,tahniah dalam usaha saudara dalam membangunkan kemajuan daya fikiran waisan banagsa

    ReplyDelete
  2. Salam hormat.

    Terima kasih atas ulasan saudara, semoga kita dapat meneruskan perjuangan meningkatkan warisan bangsa.

    Bicarawahyu.

    ReplyDelete
  3. saya nak belajar taekwando.. tapi cde masa kerana sibuk dengan kerja.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  4. Salam bicara.

    Terima kasih melayari blog saya dan kita akan saling berbicara serta bertukar fikiran.

    Menguasai gerak hati adalah sebahagian amalan daripada seni bela diri. Untuk menjalani latihan fizikal, kita perlu memahami konsep atau prinsip latihan. Antaranya mengetahui tahap kecergasan diri sendiri, dan tahap kadar nadi rehat sebelum memulakan latihan.

    salam bicara,
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete