Tuesday, November 10, 2009

Pintu Hati Kerohanian.


Salam hormat dan rahayu.

Takabur, sombong, dan bongkak adalah pakaian Tuhan, kerana Dia Maha Berkuasa. Binasa kita jika memakai pakaian itu tanpa keizinanNya. Segala pintu hati sentiasa tertutup dan sukar untuk menuju ke jalan kebenaran.

Sekiranya kita berada dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu membuka pintu hati untuk berbaik sangka, dan saling membantu secara ikhlas, pasti akan ujud kucar kacir dalam keharmonian hidup. Manusia tidak kira apa jua bangsa, agama, kulit, dan status kedudukan, perlulah saling menghormati, memelihara keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Keikhlasan diri setiap manusia amatlah penting untuk saling hidup penuh kedamaian.





Hindarilah jiwa yang tidak ikhlas kerana ia mengundang kekhuatiran yang besar. Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal daging. Bila ia baik, sekujur badan akan ikut baik, dan bila ia buruk, sekujur badan akan menjadi buruk. Itulah hati.

Pelihara dan sucilah hati kamu untuk mencapai keruhanian dan kebatinan yang tinggi. Bukalah pintu hati yang suci untuk kebaikan dan keharmonian hidup. Apa jua kepercayaan dan agama seseorang itu, tendesinya adalah kepada kejernihan hati untuk membangun ketamadunan kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment