Salam hormat dan rahayu.
Objek dihangus api tidaklah sehebat jiwa dimusnah api kemarahan. Jiwa akan hancur, hati akan mati sekiranya seseorang itu menghambakan diri kepada raja iblis dan syaitan. Api syaitan akan bergembira dan bermaharajalela melihat insan sesat dijalanan ketuhanan.
Nafsu syaitan usah diikut, jika diikut pasti hidup ini menjadi lintang pukang, jauhi dan perlu musnahkan nafsu ammarah, lawwammah, dan muhalmah. Dorongkan diri ke laluan ketuhanan, kita mesti capai ke tahap mutmainnah hingga ke tahap insan kamil.
Hidup dewasa ini penuh dengan kekalutan akidah, ramai yang berjiwa materialistik, tidak ketinggalan juga berfahaman atheist, "Free Thinker", malah mencabar kewujudan Ilahi. Apa pun carilah laluan yang diredhaiNya, insyaAllah dirahmatiNya, Tuhan Pencipta Alam.
Mana mungkin alam berdiri sendiri, setiap benda yang baharu tidak tercipta tersendiri, semuanya ini ada pencipta iaitu Maha Pencipta yang bersalahan dengan benda yang baharu. Ujudnya Tuhan ini adalah awal yang tiada permulaan, akhir yang tiada kesudahan, malah hampirNya kepada kita tiada bersentuhan dan jauhnya Dia tiada perantaraan.
assalamualaikum tuan...,
ReplyDeletehati terdorong menuju ketuhanan
terbakarlah setan di dalam hutan
rindu hanya pada mu tuhan
binasalah segala penyatuan
Salamualaikum..salam sejahtera salam ziarah.
ReplyDeletepertama sekali saya sokong dgn penulisan tuan tanah walaupun ianya ringkas.....namun saya nk menambah skit,kalau tk kenal maka tk cinta kan kan kan!!!kalau seseorang itu memilih jalan utk menjadi ahli dunia....maka dia akan mendapat apa yg dikehendakinya,apabila keinginannya tdk dimiliki maka ia akan berputus asa,hidup dalam penuh keserabutan,andai dia memilih jalan ahli akhirat,apa yg ingin dimiliki belum pasti dapat digenggaminya krn ianya hanya berpegang pada keyakinan semata2,apabila tdk dpt memilikinya, maka ia akan sedih dan hanya meletakkan diri" cukuplah apa yg ada". manakala ahli ketuhanan, semua yg dibuat dan apa yg dimilikinya penuh dengan kesamaran,hidupnya sentiasa berperang dgn dunia dan akhirat.akhirnya ia meletakkan: berfikir-berusaha-beramal-berzikir-rebah-bangun-diam-tktau nk kata apa dan.....kalau tk melaluinya sukar utk diterjemahkan
salam hormat dan rahayu.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan, kerana insan yang yakin sempurna (kamalul yaqin )dapat menemui tuhanNya walau jasad binasa.
salam hormat dan rahayu.
ReplyDeleteAfzamiziey
Terima kasih atas kesudian tuan memberi pandangan, sesuatu itu dalam ketetapan Allah.