Tuesday, February 2, 2010

seni bela diri






Salam Hormat dan rahayu,


Seni mempertahankan diri, ataupun seni beladiri dapat dipelajari diserata tempat. Ramai peminat mempelajari ilmu bela diri ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan menjaga maruah diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Apa pun jua jenis seni mempertahankan diri, jika dipelajari, ia dapat mendisiplinkan pelajarnya ke tahap yang lebih serius, apatah lagi jika ada kedapatan pelajar yang menguasainya sehingga ke peringkat menguasai lmu kebatinan.




Beberapa pertubuhan seni pertahankan diri, seperti karate, tae kwan do, Judo, Silat, muang thai, aikido, kung fu, tai chi dan kalari payat dikenal pasti mempunyai pengikut yang besar, malah dipertanding di peringkat antarabangsa. Masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri.






memecah genting, guna tenaga dalam


Selalunya pelajar atau murid bagi mana-mana seni bela diri yang dapat menguasai ilmu tersebut ke peringkat yang lebih tinggi, mereka diberi atau disalur dengan ilmu kebatinan yang ampuh sebagai pengiktirafan daripada gurunya. Untuk menguasai ilmu tersebut, hanya murid yang layak saja yang boleh mempelajarinya dengan tekun dan patuh pada setiap ajaran guru. Apa itu kebatinan? saya telah pun jelaskan perkara tersebut dalam penulisan saya yang lalu (bertarikh : 09/08/09, 16/08/09, dan 17/08/09).

2 comments:

  1. salam, mohon ambil perhatian sama pada seni mempertahankan diri yang berasal dari maghribi, baru diperkenalkan, berasaskan seni2 mempertahankan diri yang mejadi sunnah rasulullah dahulu, berpedang serta berenang, martial art 'Asad Al-atlas', grandmasternya ada di malaysia, sekadar pemberitahuan..=)

    ReplyDelete
  2. Salam hormat,

    untuk Ibnu ShaFie,

    Terima kasih atas maklumat tersebut.

    Wahyujatmika.

    ReplyDelete