Friday, October 30, 2009

Terserlah Hijab.

Salam hormat dan rahayu.



Janganlah kamu sangka yang diri kamu telah termasuk dalam golongan ahli keruhanian kecuali kamu telah menjadi musuh kepada dirimu (nafsu) dan kamu telah terpisah dari anggota tubuh badan kamu, lalu memutuskan perhubungan dengan wujud kamu, dengan diam dan gerak kamu, dengan pendengaran dan penglihatan kamu, dengan tutur dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindakan kamu, dan apa saja yang kamu anggap datangnya dari diri kamu sendiri.

Semua yang ada pada kamu, setelah wujud keruhanian itu, dihembuskan ke dalam diri kamu, kerana semua itu adalah hijab antara kamu dengan Tuhan kamu. Apabila roh kamu telah menjadi bersih dan suci, yang ghaib dari segala ghaib akan terbuka kepada kamu, dan kamu akan sedar mana musuh dan mana sahabat, mana hak dan mana batil, yang mana tauhid dan yang mana syirik.

'Tiada yang wujud hanya ZatNya semata-mata, maka setiap sesuatu (yang zahir) adalah terhapus kecuali semua yang zahir adalah wajahNya semata-mata. Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan'.

2 comments:

  1. adakah cinta kepada allah itu juga menjadi hijab?

    ReplyDelete
  2. salam rahyu,

    saudara zakir,
    terima kasih.

    Maaf, bagi pandangan saya yang kerdil ini, cinta kepada Allah tiada halangan kerana cinta kepadaNya cinta yang pasti. Cinta hendaklah ikhlas kerana ketiadaan keikhlasan akan mengundang kekhuatiran yang besar.

    cinta hendaklah suci dan yaqin. Bukan saja dengan melalui ilmu yaqin atau ainul yaqin, malah ke peringakat haqqul yaqin, sijaratul yaqin, dan ke tahap yang lebih tinggi iaitu kamalul yaqin (yaqin yang sempurna)

    bicarawahyu.

    ReplyDelete