Saturday, October 31, 2009

Theosophie dan Mistik.

Salam hormat dan rahayu.




Kita perlu membedakan antara theosophes dan ahli mistik. Jacobe Bochme dan Saint Martine, adalah antara beberapa orang terkenal yang mengolah, dan mengkaji mengenai theologie filsafat, mereka begitu berminat untuk mengetahui rahasia alam, berbanding pula bagi mereka yang mengkaji secara terperinci mengenai mistik.

 Alam mistik terlalu abstrak dan subjektif, ianya tertumpu secara berterusan untuk menguasai dan memelihara hati sendiri bagi mencapai keluhuran budi. Saya cuba memberi pandangan umum, secara ringkas mengenai 'theosophie' ianya diguna pakai dalam doktrin metafisik. Antara tujuan mengenai perkara ini pertama, adalah untuk membentuk suatu kelompok-kelompok inti, dan bina persaudaraan kemanusiaan, dengan tidak memandang bangsa, agama, kasta, jantina, dan warna kulit.

Kedua, memajukan (aanmoedigen) kajian perbandingan mengenai agama, falsafah dan pengetahuan (wetenschap), dan Ketiga, menyelidiki rahasia alam dan manusia yang tersembunyi. ( het onderzoeken van onverklaard wetten in de nature en in den mensch ). Apakah semuanya ini dapat diungkap dengan lebih mudah?

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". An Naml : 6.

Friday, October 30, 2009

Terserlah Hijab.

Salam hormat dan rahayu.



Janganlah kamu sangka yang diri kamu telah termasuk dalam golongan ahli keruhanian kecuali kamu telah menjadi musuh kepada dirimu (nafsu) dan kamu telah terpisah dari anggota tubuh badan kamu, lalu memutuskan perhubungan dengan wujud kamu, dengan diam dan gerak kamu, dengan pendengaran dan penglihatan kamu, dengan tutur dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindakan kamu, dan apa saja yang kamu anggap datangnya dari diri kamu sendiri.

Semua yang ada pada kamu, setelah wujud keruhanian itu, dihembuskan ke dalam diri kamu, kerana semua itu adalah hijab antara kamu dengan Tuhan kamu. Apabila roh kamu telah menjadi bersih dan suci, yang ghaib dari segala ghaib akan terbuka kepada kamu, dan kamu akan sedar mana musuh dan mana sahabat, mana hak dan mana batil, yang mana tauhid dan yang mana syirik.

'Tiada yang wujud hanya ZatNya semata-mata, maka setiap sesuatu (yang zahir) adalah terhapus kecuali semua yang zahir adalah wajahNya semata-mata. Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan'.

Wednesday, October 28, 2009

Secebis Maklumat Ritual.



Salam hormat dan rahayu.

Apakah dengan menguasai dan mengamal sebarang amalan kebatinan secara berterusan dapat memenuhi apa yang dihajati. Sesetengah penganut Hindu, cuba mendapatkan tenaga dalam melalui amalan kundalini, manakala pengamal Buddha sedapat mungkin mendapatkan tahap nirwana dalam kehidupannya, malahan pengamal Tai Chi Quan meningkatkan tahap chi dalam tubuhnya. Kesemuanya ini, memerlukan ketabahan, berdisiplin dan kesabaran hati dalam memprakteknya, agar memperoleh kesaktian.




mandi mantra

Amalan Yoga juga merupakan antara latihan rohaniah yang menumpukan olahan pernafasan, dan dapat mempertingkat kesihatan mental dan fizikal. Untuk menjelaskan kaedah secara terperinci dan menguasai amalan yoga, ianya perlu dipelajari dengan tunjuk ajar oleh guru yang berpengalaman. (saya akan cuba menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan amalan yoga suatu masa nanti).
Sudah tentu ilmu tenaga dalam, ilmu kebatinan, dan keruhanian ada persamaan dan perbedaan. Justeru kita perlu mencari hakikat sesuatu ilmu dan amalan tersebut.

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat." ( Ibrahim : 27 ).

Friday, October 16, 2009

Bicara Kerohanian.

Salam hormat dan rahayu.

Ilmu kebatinan atau ilmu keruhanian mempunyai perspektifnya tersendiri. Justeru sesiapa yang memilikinya, harus dipertingkat dan diperhalusi supaya tidak kucar kacir perjalanan hidupnya itu. Antara contoh, ilmu untuk beribadah kepada Allah bagi jasmani (jawarih) adalah ilmu syariat atau fiqh, sedangkan ilmu untuk beribadah ruhani atau batin ialah ilmu tasawuf.

Pendapat ulama tasawuf, Syekh Zaenuddin bin Ali Al Malibari dalam kitabnya, Al-Azkiya, sebagai berikut :

"Melakukan syariat tanpa hakikat adalah kosong tidak berisi. Sebaliknya, melakukan hakikat tanpa syariat adalah batal".

Apa jua ilmu yang baik untuk dijadikan amalan, hendaklah ianya menjadi satu amalan rutin yang berterusan dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain, seterusnya kepada masyarakat.

"Orang-orang yang beriman hatinya tenteram kerana zikir (mengingat) kepada Allah; ketahuilah, dengan zikir kepada Allah hati menjadi tenteram". (Al Ra'd : 29)

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu..." (Al Qashah : 77).