Monday, August 17, 2009

Kebatinan: Definisi.

Salam hormat dan rahayu,

Berdasarkan petikan kata-kata Prof. M.M. Jayadiguna berkaitan soal kebatinan, yang meliputi empat aspek iaitu: ilmu ghaib, union mistik, sangkan paraning dumadi, dan budi luhur, dapatlah ianya dijadikan landasan untuk mendefinisikan perkataan 'Kebatinan'.

Kebatinan ialah sumber asas daripada Ketuhanan Yang Maha Esa untuk mencapai budi luhur guna kesempurnaan hidup.

Allah, Tuhan Yang Maha Esa adalah pencipta alam dan manusia, Dia yang mencipta segala wujud, alam ghaib, kebatinan sejagat, dan nilai-nilai luhur. Hendaklah kamu sadar, bahawa Tuhan itu disebut Allah, juga disebut Gusti, tiada zaman, tiada tempat, tidak terikat dengan ruang dan waktu, Dia itu yang menjadikan bumi dan langit beserta semua isinya, yang memberi hidup, kesenangan, memberi kepandaian, kesaktian, kepada semua makhlukNya. Malahan, Allah tidak dapat dibandingkan dengan apa jua.

" Ingatlah Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ". Al-Imran : 191.

Sunday, August 16, 2009

Kebatinan : Dari Mana Asal Perkataannya.

Salam hormat dan rahayu,
Antara asal perkataan 'Kebatinan' :
Kebatinan, mungkin sebagai salinan daripada makna : approfondissement de la vie interieure ( memperdalam hidup - innerlijke). Justeru istilah kebatinan itu baru, iaitu manifestasi daripada pengaruh "theosophie".
Kemungkinan kedua, "Kebatinan" merupakan salinan daripada perkataan : "Occultisme", iaitu. "yang tersembunyi dan rahasia, apatah lagi jika ia ditafsirkan sebagai ilmu ghaib".
Kemungkinan ketiga pula, perkataan 'kebatinan' adalah salinan yang wajar (letterlijk) daripada perkataan Arab : BATHINIAH. Maksud Bathiniyah menurut dalam Encyclopedia of Islam adalah sebagai berikut :
Bathiniah, as the name, derive from Batin inner indicates, the batinites are those who seek the inner or hidden meaning of the Scriptures. In stead of taking the litteral meaning of the revealed word, they interpret it; this interpretation is called takwil.
The name Batinites has been applied by Arab authors to several quite distinct sects, almost, all of which have played a prominent part in history. The most important of these sects are the khurramites, the karmatians and the Ismailites. The application of the name has been extended beyond Islam; for among the Batinities are reckoned the Mazdakites, a Maniscaean sect founded by Mazdak who appeared in the reign of the Sasanian King Kobad, son of Firuz. Shahrastani says that in the Iraq, the Batinites are called Karmatians and Mazdakites, while in Khurusan they are called Ta'limites and Malahides. The ephitet batinites is also applied to certain Sufis.
There is then no general doctrine corresponding to this name, but each sect has a doctrine of its own. Sharastany however gives us under the little Batiniya an exposition of a certain system which is fairly closely connected with that of the Ismailites. He points out rightly that this system borrows many features from that of the philosophers in the strict sense of the word. The followings are some of the ideas which belong to it. Every external has an internal; every repelation has an interpretation.
Apa jua maksud kebatinan, ia akan membawa maksud antaranya rahasia, tersembunyi, jiwa halus, dan perkara dalaman. Ini tergantung kepada interpretasi dan tujuan masing-masing. Yang penting di sini ialah apakah soal kebatinan atau spiritual itu dapat dimanfaatkan untuk diri, kehidupan manusia dan alam sejagat.
"...Ada ilmu yang umpama mutiara (tersembunyi). Hanya orang-orang yang mengenal Allah yang mengetahuinya. Bila mereka berbicara, orang-orang agung tidak dapat menolak...."

Apa itu Kebatinan ( 2 )

Salam hormat dan rahayu

Dalam ceramah-ceramah mengenai kebatinan, sering aku meneliti dua perkara iaitu:

1. Memayu ayuning bawana : membentuk dunia yang indah dan makmur.

2. Sepi ing pamrih rame ing gawe: banyak bekerja bakti, dengan tidak memikirkan kepentingan diri.

Prof. Dr. Selo Sumarjan (1966), dalam ceramahnya mengenai : kebatinan/Mistik sebagai gejala sosial, antara penulisannya ada memetik perkataan daripada Prof. Muhammad Muhsin Jayadiguna S.H., iaitu: Aliran kebatinan di Indonesia dapat di kategori dalam empat golongan;

Pertama : Golongan yang hendak mengunakan kekuatan-kekuatan ghaib untuk melayani berbagai keperluan manusia. Golongan ini, ialah mementingkan ilmu ghaib. ( Occultisme ).

Kedua : Golongan yang berusaha untuk mempersatukan jiwa manusia dengan Tuhan, selama manusia itu masih hidup, agar demikian manusia dapat merasakan dan mengetahui hidup yang baqa' sebelum manusia itu mengalami mati. ( Mysticisme ).

Ketiga : Golongan yang berniat mengenal Tuhan dan menembus alam rahasia " paran sangkaning dumadi ", iaitu dari mana hidup manusia ini dan ke mana hidup akhirnya pergi.

Keempat : Golongan yang berhasrat untuk menembusi budi luhur di dunia ini serta berusaha menciptakan masyarakat yang berdasarkan saling harga menghargai dan cinta mencintai dengan sentiasa mengendahkan perintah Tuhan. ( Keluhuran Budi ).

" Ilmu batin adalah rahsia diantaraKu. Aku jadikan di dalam hati hamba-hambaKu dan tidak ada yang menempatinya kecuali Aku ".

Sunday, August 9, 2009

Apa itu Kebatinan.

Salam hormat dan rahayu.

Untuk renungan kalian,

Sesiapa saja boleh berbicara mengenai kebatinan. Kebatinan itu sendiri membawa maksud jiwa halus yang perlu diaktifkan atau diolah bagi menghasilkan sesuatu, yang tidak dapat diperjelaskan oleh mana-mana Ilmu Qalam.

Ilmu Kebatinan adalah satu ilmu yang pengetahuannya amat luas sekali, sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Antara faktor utama untuk mencapai ilmu kebatinan ini, perlulah seseorang itu membersihkan diri, jiwa atau hatinya terlebih dahulu. Perlu guru kebatinan yang mursyid, yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus.

Tauhid dan iman kepada Tuhan perlu kukuh, tidak tergugat, dan tunggang-langgang. Justeru, kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu kebatinan yang luas ini, bergantung sejauh mana tahap kesucian hati dan jiwa kamu. Apakah ilmu kebatinan itu boleh disamakan dengan ilmu tenaga dalam, mahupun ilmu kerohanian, atau ilmu kesaktian? Nah! ini yang perlu dicari perbedaannya dengan teliti.

"Dan barang siapa yang beriman kepada Tuhan, pasti Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." ( Al-Taghaabun : 11. )