Haq telah hadir, batil telah luput, kerana batil itu sesuatu yang pasti luput (Al-Isra':81).
Allah memberi akal yang sempurna kepada setiap insan untuk berfikir dan mencapai kebahagiaan. Akal terbahagi kepada tiga, setiap insan perlu mempunyai ketiga bahagian tersebut. Iaitu; Pertama elok makrifatnya dengan Allah, kedua baik taatnya bagi Allah, dan ketiga baik serta elok pula sabarnya atas ketentuan Allah.